Hamil rapat risiko terhadap kesihatan

Ingin pertimbangkan untuk hamil lagi? Adakah keadaan kesihatan anda sudah cukup sihat? Bagaimana dengan jarak kelahiran yang lalu? Tidak salah untuk hamil lagi tetapi jika anda ingin hamil lagi, pertimbangkan dahulu beberapa soalan di atas.

.

Wanita yang kerap hamil dengan jarak yang terlalu dekat berisiko tinggi untuk menghadapi masalah-masalah seperti kelahiran pra-matang, bayi terlalu kecil ataupun bayi meninggal ketika dilahirkan. Jarak kehamilan yang terlalu dekat menyebabkan ibu kurang mempunyai waktu yang mencukupi untuk memulihkan keadaan rahimnya. Justeru, amat penting untuk ibu merancang kehamilan berikutnya. Sebaik-baiknya setelah keadaan rahim dan kesihatan kembali pulih sepenuhnya. Merancang kehamilan amat penting kerana beberapa sebab iaitu:

.

.

PSIKOLOGI

Ibu mungkin tidak bersedia untuk mengandung lagi dalam tempoh terdekat. Hal ini menjadi faktor penyumbang kepada perasaan panik, bimbang dan menyalahkan diri sendiri. Akibatnya, ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk menggugurkan anak disebabkan faktor seperti ini. Nauzubillah min zalik.

.

.

ANEMIA

Proses melahirkan mengakibatkan kehilangan banyak darah. Bagi kelahiran secara normal tanpa sebarang komplikasi sudahpun menyebabkan kehilangan darah antara 200 hingga 400ml. Ditambah pula dengan darah nifas yang keluar selepas proses kelahiran. Jadi, waktu berpantang antara 44 dan 100 hari yang biasa diamalkan kebanyakan ibu perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk mengembalikan paras hemoglobin darah seperti biasa.

.

.

PROLAPS UTERUS

Istilah yang biasa digunakan adalah rahim jatuh. Keadaan ini boleh mengganggu organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan faraj. Biasanya rahim jatuh ini dikaitkan dengan bilangan kelahiran. Semakin banyak bilangan kelahiran, semakin tinggi risiko seorang ibu untuk menghadapi keadaan ini.

Peranakan jatuh

.

.

KEMATIAN IBU

Kehilangan banyak darah yang dialami seorang ibu ketika bersalin boleh menyebabkan hal ini berlaku. Sering ia dikaitkan dengan ibu yang melahirkan lebih daripada 5 orang anak.

.

.

MENJEJASKAN TULANG

Bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses tumbesarannya. Kalsium untuk bayi ini didapati daripada ibu dan kuantiti yang diambil oleh seorang ibu perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa hamil memerlukan kalsium yang tinggi berbanding biasa. Begitu juga selepas melahirkan si ibu memerlukan kalisium yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

.

.

KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Jarak kehamilan yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh. Ketidakseimbangan ini akan mengganggu penyerapan kalsium di dalam tulang. Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon ini akan mengganggu struktur tulang.

.

.

MENGANDUNG LAGI SELEPAS CAESAREAN

Bagi ibu yang pernah bersalin secara caesarean dan didapati hamil lagi dalam tempoh terdekat, berisiko tinggi untuk menghadapi masalah uterine rupture ataupun dikenali sebagai rahim pecah. Ia merupakan satu trauma buat ibu hamil dan bayinya. Meskipun kebarangkaliannya adalah kecil namun jika ia berlaku ia boleh membawa kesan buruk kepada ibu dan bayi, malah boleh meragut nyawa kedua-duanya.

.

.

Tahap rahim pecah ini boleh berlaku sama ada hanya rekahan kecil atau belahan lebar. Rekahan kecil berlaku menembusi dinding rahim dan seleputnya serta menampakkan anggota bayi.

.

Bagi belahan besar pula, bayi atau uri mungkin terkeluar ke dalam ruang abdomen. Antara tanda berlakunya uterine rupture ialah:

– Pendarahan dari vagina

– Kontraksi terhenti

– CTG menunjukkan jantung anak terhenti (anak lemas)

– Tekanan darah ibu jatuh mendadak dan ibu pengsan

.

.

.

(Sumber: Pa&Ma Nov2014)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s